20 Mei 2017, Sabtu- Pada 20 Mei 2017 yang lalu, seramai 96 orang ahli-ahli PSSCMCJDT telah turut hadir bersama-sama bagi menjayakan Istiadat Konvokesyen ke-34 dan Mesyuarat Agung Perwakilan ke-45 yang berlangsung di Dewan Datuk Haji Maideen, Negeri Sembilan. Seramai  8 orang ahli PSSCMCJDT telah diberi kesempatan menjawat sebagai Pelaku Istiadat bagi Istiadat Konvokesyen ke-34. PSSCMCJDT juga telah melakar sejarah yang tersendiri apabila seramai 2 orang ahli PSSCMCJDT telah berjaya memperolehi Sijil Menengah Akademik (SMA) PSSCM selain penerima Sijil Rendah PSSCM seramai 33 orang. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan bagi penerima-penerima SMA PSSCM dan  Sijil Rendah PSSCM dan juga Pelaku Istiadat.

 

Majlis Istiadat Konvokesyen yang berlangsung di sebelah pagi telah dihadiri dan dirasmikan oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Bin Hussin, Penasihat Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia. Selain itu, anugerah tertinggi PSSCM juga telah dianugerahkan kepada Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Bin Hussin oleh YMDGU sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau dalam PSSCM. Pada sebelah petang, telah berlangsung Mesyuarat Agung Perwakilan PSSCM Kali ke-45 dan dipengerusikan oleh YDP PSSCMCJDT iaitu Encik Sazali Bin Samsudin dan telah dihadiri seramai 281 orang perwakilan dari seluruh negara. Mesyuarat Agung Perwakilan telah bermula pada jam 2.30 petang dan ditangguhkan tepat jam 6.55 petang.

Joomla templates by a4joomla