11 Mac 2017 (Sabtu) - Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Johor Darul Takzim (PSSCM-CJDT) telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-22 di Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai pada hari ini.
Mesyuarat telah dimulakan dengan Majlis Perasmian oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Hafiz bin Jamil, Setiausaha Agung PSSCM. Turut bersama sebagai tetamu kehormat adalah Yang Berbahagia En Sazali bin Samsudin, YDP PSSCM-CJDT dan juga Yang Berbahagia Tuan Dsp Azhar bin Hassan, OCPD dari IPD Johor Bahru Utara.
Majlis kemudiannya berhenti rehat seketika dan bersambung dengan Mesyuarat Agung Cawangan pada jam 2.35 petang dan berakhir pada 4.50 petang. Program telah berjalan dengan lancar dan berjaya.