Skuad Johor Darul Ta'zim yang diketuai oleh Zali Zainudin di Padang Kompleks Belia dan Sukan Paroi -  Foto oleh Firman Haqeem

1 OGOS 2015 - Program Karnival Sukan Cekak di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri YM Guru Utama bersama Ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) di Dewan Datuk Haji Maideen telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran lebih 1000 orang peserta.

Karnival Sukan Cekak 2015 telah berlansung pada sebelah paginya yang menyasikan kontijen-kontinjen dari setiap cawangan Negeri termasuk dari Cawangan Johor Darul Ta'zim. Karnival Sukan Cekak 2015 telah dirasmikan dengan sempurna oleh Datuk Zaifulbahri Idris, Pengerusi Jawantankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan sambil disaksikan oleh Presiden merangkap Guru Utama PSSCM, Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah. Selepas upacara memotog reben belon udara besar, acara kejohanan bermula. PSSCM Cawangan Johor Darul Ta'zim telah menghantar dua pasukan untuk bermain dalam kategori Bola Jaring dan Bola Sepak.

Acara bolasepak menyaksikan skuad yang diberi jolokan nama "Harimau Selatan" yang diketuai oleh saudara Zali Zainudin ini berada dalam kumpulan D bersama Perak dan Seberang Perai. Pada perlawanan pertama menyaksikan pasukan Harimau Selatan ini berkongsi satu mata dengan pasukan Perak. Akan tetapi pada perlawanan kedua kumpulan, JDT telah berjaya mengutip 3 mata hasil kemenangan 3-0 keatas Seberang Perai seterusnya layak mara ke pusingan Separuh Akhir. Pada peringkat ini, skuad JDT telah bertemu pasukan Negeri Sembilan dan mendapat kelayakan ke peringat final dengan jaringan penalti 3-2. Akan tetapi, skuad Harimau Selatan ini kecundang dengan pasukan Pulau Pinang dengan jaringan penalti 4-5. Pasukan Johor Darul Ta'zim berjaya membawa pulang medal dan wang tunai sebanyak RM 1000 hasil menjadi Naib Juara Bolasepak.

Bagi acara bola jaring pula, perlawanan pertama pasukan bola jaring Cawangan Johor Darul Ta'zim telah bersaing dengan pasukan dari  Negeri Kedah dengan kemenangan 6-0, Pada perlawanan kedua Cawangan JDT telah mendapat mata seri 2-2, bersaing dengan pasukan dari PSSCM UiTM Puncak Alam. Akan tetapi skuad JDT ini kecundang dengan mata 4-2 di perlawanan ketiga. Walau apa pun pasukan bola jaring PSSCM Cawangan Johor berasa gembira kerana dapat melibatkan diri bersama-sama ahli Silat Cekak dalam menjayakan Karnival Sukan Cekak 2015.

Secara keseluruhannya, prestasi pasukan Cawangan Johor Darul Ta'zim tidak menghampakan penyokong-penyokong mereka yang turut hadir demi menaikkan semangat juang pemain-pemain yang berkasi diatas padang. Dikategorikan sebuah pasukan bukan pilihan untuk muncul di pentas final, JDT mampu memecahkan rekod mereka sebagai "harimau yang masih mengaum". Ucapan tahniah dan syabas kepada kedua-dua pasukan.

 

Setelah selesai acara di pagi hari, para peserta telah dijamukan dengan pelbagai juadah semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri YM Guru Utama bersama ahli-ahli PSSCM. Pasukan dapur bergerak Johor Darul Ta'zim telah menyediakan juadah yang telah diminta oleh YM Guru Utama iaitu Mee Bandung Muar. Dapur bergerak JDT ini telah diketuai oleh Naqiuddin, Jumat dan Shamsudin Jaafar. Oleh kerana ada kelebihan pada tukang masak dapur bergerak PSSCM, sebanyak 35 kilogram mee kuning telah habis dijamu dan Cawangan Johor darul Ta'zim telah merangkul tempat pertama bagi kategori menu dan gerai terbaik. Program berkembar ini tamat sepenuhnya pada jam 11.30 malam dengan simbolik laungan "Hidup Cekak".

Joomla templates by a4joomla