"MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SENI SILAT CEKAK MALAYSIA KOLEJ TUN RAZAK (KSSCM KTR) KALI KE-9 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA"

Sabtu, 22 Okt 2016 : Syukur AlhamduLillah. Dengan limpah kurnia dan izinNya, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dengan berkat Guru-guru kita, karamah & hikmah ibu dan bapa, maka Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-9 KSSCM KTR UTM telah selamat berlangsung dengan jayanya pada 21 Oktober 2016 yg lalu. MAT ini telah berlangsung di Dewan Tun Rahah, K01 Kolej Tun Razak UTM, Seramai 27 orang ahli telah hadir pada mesyuarat kali ini.

Program telah bermula pada jam 3.40 petang dengan sesi Majlis Perasmian MAT Kali ke-9 ini. Pada MAT kali ini, perasmi majlis adalah Yang DiPertua PSSCM CJDT, En. Sazali bin Haji Samsudin. Turut hadir dalam MAT kali ini adalah Penyelia Kelas, En. Zulkifli bin Zahar, barisan Tenaga Pengajar KSSCM KTR UTM serta 4 orang ahli KSSCM UTHM. Terima kasih diucapkan kepada En. Sazali bin Haji Samsudin atas kesudian menjadi perasmi bagi mesyuarat kali ini. Selepas majlis perasmian berlangsung, Mesyuarat Agung Tahunan telah bermula sekitar jam 5.15 petang sehingga jam 6.45 petang. Terdapat 3 agenda utama dalam MAT ini iaitu Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2015/2016, Laporan Kewangan Tahunan 2015/2016, dan pemilihan Jawatankuasa Baru sesi 2016/2017. Program ini telah selesai pada jam 7 petang dengan sesi bersalaman.

AlhamduLillah, 3 agenda utama ini telah berjalan lancar. Pada MAT kali ini, Sdr. Muhamad Syahir bin Ayob (Tenaga pengajar & siswa Fakulti Kejuruteraan Elektrik) telah dipilih untuk menjawat jawatan pengerusi KSSCM KTR UTM bagi sesi 2016/2017 bersama beberapa orang lagi barisan kepimpinan yg baru. Dalam ucapan Pengerusi yg baru, Saudara Syahir telah menyeru semua ahli KSSCM KTR UTM untuk bergerak secara aktif dan bertanggungjawab bagi menambahbaik serta membawa KSSCM KTR UTM lebih kehadapan dan maju.

Ucapan TAHNIAH kepada barisan kepimpinan yang baru dilantik dalam MAT ini. Ucapan TERIMA KASIH kepada semua barisan Jawatankuasa yang lama sesi 2015/2016 kerana telah berkhidmat dengan cemerlang.

Ucapan SYABAS juga kepada Saudara Muhamad Syahir bin Ayob selaku Pengarah Program bersama ahli-ahli jawatankuasa pelaksana program atas kejayaan menganjur dan menguruskan mesyuarat agung tahunan pada kali ini. Ucapan TERIMA KASIH juga kepada semua Ahli PSSCM telah hadir ke MAT kali ke-9 ini.

Selaras dengan tema pada kali ini, 'Mahasiswa Berwawasan Menerajui Masa Depan', diharapkan semoga KSSCM KTR UTM akan terus aktif berkembang maju dan mara ke hadapan seterusnya melahirkan pemimpin-pemimpin serta "Graduan Cekak Malaysia UTM" yg cemerlang akademik, sahsiah, dan kemahiran insaniah.

 

BERSAMA & BERSATU.

HIDUP CEKAK !

 

Laporan disediakan oleh :
Siti Raudhah bt Ramya @ Abd Rahim
Penolong Setiausaha,
Kelab Seni Silat Cekak Malaysia,
Kolej Tun Razak,
Universiti Teknologi Malaysia.

Joomla templates by a4joomla