Tampoi, 08 April – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Johor Darul Takzim (PSSCM CJDT) telah mengadakan majlis ramah mesra bersama Polis Di Raja Malaysia Daerah Johor Bahru Utara di Rumah Persatuan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Johor Darul Takzim (PSSCM CJDT), Jalan Selasih 11, Taman Kemas, Tampoi, Johor.

Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Daerah Johor Bahru Utara, DSP Abdul Halid Bin Ludin bersama Pemangku Ketua Cawangan Khas Daerah ASP Chong Teck Meng. Turut hadir Ketua Polis Balai Tampoi Insp. Ahmad Nazri Bin Yahya bersama anggota.

Majlis ini diadakan sempena sambutan hari polis ke 208 dan sempena hari kemahkotaan DYMM Sultan Johor. Kehadiran mereka disambut oleh Naib Yang Di Pertua Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Johor Darul Takzim (PSSCM CJDT) Tuan Haji Nazid Bin Jasiman bersama anggota-anggota persatuan. Tidak dilupakan juga kehadiran ketua kampung dan Ketua KRT Taman Kemas.

Majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan dua hala antara pihak polis dengan persatuan yang ditubuhkan supaya boleh mengetahui masalah dan juga maklumat yang boleh dikongsikan dengan pihak polis. Majlis ini juga boleh merapatkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua belah pihak.

Dalam majlis ini turut diedarkan risalah pencegahan jenayah dan Rakan Cop supaya boleh dijadikan panduan sekiranya berlaku sebarang kejadian jenayah.

 

Sumber : https://www.facebook.com/polisjbu

Joomla templates by a4joomla