10 Oktober 2015, Kota Tinggi - Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kota Tinggi pada hari ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi (PBSKT) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Tinggi (PDKT) dimeriahkan lagi dengan persembahan silat oleh  Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Johor Darul Takzim (PSSCMCJDT) yang membuat persembahan di Padang Awam Bukit Kerajaan, Kota Tinggi pukul 4.00 petang.

Demonstrasi ini bertujuan untuk memperkenalkan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia serta menunjukkan perlunya kita mempertahankan diri pada waktu-waktu yang tiada orang dapat membantu kecuali diri sendiri.

Ahli PSSCMCJDT telah menunjukkan persembahan yang terbaik sebagai tanda terima kasih kepada PBSDKT dan  PDKT.

Perkongsian makluman bahawa Majlis Daerah Kota Tinggi sebelum ini telah menghantar 20 orang pegawai  penguatkuasanya untuk menghadiri kursus pembelajaran  Seni Silat Cekak Malaysia bagi memantapkan lagi persediaan para pegawai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai penguatkuasa. Penyertaan ini juga sebagai tanda sokongan kepada penganugerahan “silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara Malaysia” yang telah dirasmikan oleh YAB  Dato Seri Najib Tun  Razak ,  Perdana Menteri Malaysia pada 18 September yang lepas di Dataran Merdeka.

Pengambilan ahli baru telah dijalankan semalam, tetapi masih terbuka kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajarinya pada bulan november 2015. Kata almarhum pengasas PSSCM, YM Ustaz  Hanafi bin Haji Ahmad, "Sains dan teknologi boleh dipelajari di mana-mana, namun kebudayaan terutamanya silat tetap hak kita."

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Silat Cekak, tuan boleh berhubung dengan Encik Heirunnizam bin Sarian, Ketua Penerangan PSSCMCJDT, 012 -4735645

Joomla templates by a4joomla