Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.

Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia

Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah dilahirkan di Sg. Besi, Kuala Lumpur pada 18 Julai 1957 bersamaan 20 Zulhijjah 1376H (Khamis).  Bapanya Kadir Shah bin Syed Maidin dan ibunya Julaiha bte Mohd Ibrahim. Beliau anak yang keenam daripada sembilan beradik. Mendirikan rumahtangga dengan Datin Hajjah Roznida bte Ali Omar pada 16 September 1984 bersamaan 20 Zulhijjah 1404H (Ahad).

Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia (1986 - 2009)

 

Guru Utama PSSCM, Tuan Haji Ishak ItamYM Tuan Haji Ishak bin Itam sejak dari kecil lagi telah meminati seni silat Melayu, iaitu bermula dari umur 9 tahun sehingga ke umur 18 tahun beliau telah mempelajari Silat Gayung Fatani melalui bapa saudaranya En. Bakar dan En. Shafie b. Din. Seterusnya beliau mempelajari Silat Kuntau Jawa dari En. Hassan Jawa selama 2 tahun dan kemudiannya telah mempelajari Silat Sendeng dan Silat Minangkabau. 

Pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

 

Pengasas PSSCM, Ustaz Hanafi bin AhmadWalaupun Ustaz Hanafi dilahirkan dari keluarga petani, namun kepentingan pada pelajaran amat diutamakan oleh bapanya dan beliau telah dihantar ke Sekolah Melayu Gunung bagi mendapatkan pendidikan awal sehingga darjah empat. Kemudian beliau dihantar pula ke sekolah agama iaitu di Pondok Alor Gonchah dan Guar Chempedak. 

Joomla templates by a4joomla