Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia cawangan Johor Darul Takzim (PSSCMCJDT) telah mengadakan pengambilan ahli baru yang dihadiri oleh ahli-ahli dan tenaga-tenaga pengajar dari seluruh Negeri Johor di Rumah Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Taman Kemas, Johor Bahru pada 9 Oktober 2015.

Turut bersama Yang Mulia Guru Utama, Datuk Haji Maideen Kadir Shah dalam program tersebut adalah YDP cawangan Johor, Encik Sazali Samsudin serta hampir kesemua jawatankuasa dan penyelia kelas. Program yang biasanya dibuat sekali dalam 2 bulan ini kelihatan amat meriah sekali dengan masing- masing berpakaian melayu lengkap. Ini juga melambangkan bahawa silat cekak Malaysia adalah silat melayu yang benar-benar asli.

Hari tersebut adalah hari di mana ahli-ahli baru di seluruh Negeri Johor akan bertemu dengan YM datuk guru utama dan beliau telah menyampaikan amanatnya kepada ahli-ahli baru dan tenaga pengajar.

Pada 18 September yang lepas, silat telah diistiharkan sebagai seni mempertahankan dari rasmi negara Malaysia oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan ini merupakan satu lembaran baru dalam pejuangan seni silat yang disokong oleh PSSCMCJDT.

 

Di cawangan Johor, PSSCM mempunyai seramai 66 orang tenaga pengajar termasuk 7 tenaga pengajar baru dilantik. Dengan kekuatan seramai ini telah menggerakkan 3 kelas latihan awam dan IPT iaitu Kelas Latihan Taman Kemas, Kelas Latihan Pasir Gudang, Kelas Latihan Kota Tinggi, Kelas Latihan UTM Skudai, Kelas Latihan Politeknik Ibrahim Sultan, Kelas Latihan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kelas Latihan UTHM Batu Pahat dan Kelas Latihan UiTM Pasir Gudang.

Joomla templates by a4joomla