Koleksi Arkib Akhbar | Arkib Video | Arkib Artikel

Impi Sertai Paralimpik [METROTV]
Zuhainy Zulkiffli
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.



Credit Harian Metro
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/732256/impi-sertai-paralimpik

Disiarkan pada: Julai 19, 2021 @ 6:31am

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini memberikan keberkatan dan rahmat buat kita semua.

Hari ini, tanggal 5 Ramadhan 1439 hijrah bersamaan 21 Mei 2018, merupakan hari yang penuh bersejarah buat semua warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

53 tahun yang lalu, pada 28 Disember 1965 bersamaan 5 Ramadhan 1385 hijrah, Silat Cekak buat pertama kalinya telah dizahirkan kembali ke alam nyata atas usaha dan iltizam oleh Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Pengasas Agung Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t, semenjak dari tarikh tersebut, Silat Cekak telah berkembang di seluruh negara dengan pesat sehingga ke hari ini, atas nama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

SPM 2018 : Persembahan & Sambutan 53 Tahun PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA [11 MEI 2018]

Selamat Pagi Malaysia (SPM)
TV1 RTM
11 Mei 2018

Bual Bicara bersama YM Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah, Guru Utama & Pesiden PSSCM, En. Safaran Bin Ahmad, Naib Presiden 2 PSSCM merangkap Pengerusi Sambutan Perayaan 53 Tahun PSSCM dan En. Mohd Hafiz Bin Jamil, Setiausaha Agong PSSCM

 

#terimakasihpm
#najibrazak
#alirustam
#ilovepm
#tn50
#1malaysia
#pesakamalaysia
#silatcekakmalaysia
#psscm

 

#terimakasihpm
#najibrazak
#alirustam
#ilovepm
#tn50
#1malaysia
#pesakamalaysia
#silatcekakmalaysia
#psscm

Terima kasih YAB Perdana Menteri Malaysia di atas usaha yang berterusan untuk mengangkat Martabat Institusi Persilatan Negara.

2012 - Silat diiktiraf sebagai benteng pertahanan negara yang ke-3.

2015 - Silat di isytihar sebagai seni beladiri rasmi negara.

2016 - Silat diterima oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam Program 1 Sekolah 1 Silat.

2018 - Kompleks Silat Negara akan dibina & geran tahunan kepada PESAKA.

Himpunan Raksaksa Guru-guru Silat Negara : Salawat Badriyah PSSCM


PEMBINAAN KOMPLEKS SILAT NEGARA : MERCU TANDA BAHARU DUNIA PERSILATAN


Julang martabat dunia persilatan


TV3: Wala', Contohi Prinsip Silat - Himpunan Raksaksa Guru-guru Silat



Penyampaian Cenderahati dari PSSCM di Majlis Penutup Closing Ceremony WORLD MUSLIM WOMAN SUMMIT & EXHIBITION (WISE 2018)
Persidangan Wanita Muslim Sedunia & Pameran
2 MAC 2018
TITANIC BUSINESS BAYRAMPASA HOTEL
ISTANBUL, TURKI

Shukri J., Zaimilah Y., M. Surat dan Ab. Majid

PSSCM Kelas Latihan Putrajaya 62550 Putrajaya
PSSCM Kelas Latihan Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi Selangor

Abstrak

Perkembangan seni silat Melayu pasca kemerdekaan sekitar tahun-tahun 1950an hingga ke pertengahan tahun 1970an sering menghadapi pelbagai permasalahan akibat persekitaran sosio-politik yang mencabar. Ia adalah kesan daripada keadaan pemerintahan negara yang masih rapuh timbul akibat ancaman-ancaman yang muncul dari dalam dan luar negara. Keadaan tersebut telah mempengaruhi perkembangan awal Silat Cekak di dalam menyusuri perkembangan sejarah dan pembangunan negara. Kajian kualitatif berbentuk konseptual ini menggunakan kaedah penyelidikan temubual bersemuka dan analisa dokumen bagi mencari fakta untuk menjelaskan fenomena-fenomena terjadi yang banyak mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu serta perkembangan seni silat di awal-awal zaman kemerdekaan negara. Kertas kerja ini cuba membuktikan peranan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) sebagai sebuah pertubuhan seni silat Melayu yang turut menyumbang kepada proses pembangunan komuniti dan negara ini. Ia diharapkan menjadi perintis kepada kajian-kajian komprehensif seterusnya di masa-masa akan datang bagi memperincikan lagi fenomena ancaman-ancaman yang berlaku dan mempengaruhi perkembangan seni silat Melayu di tanah air sepanjang tempoh pasca kemerdekaan tersebut.

Kata kunci: Sosio - politik, pasca, kemerdekaan, fenomena, Silat Cekak, Melayu

USAHA PELBAGAI PIHAK TERAP KESEDARAN SALAH LAKU DI KALANGAN GENERASI MUDA DIHARGAI 

Kuala Lumpur, 30 September 2017 - Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Hj. Mohd. Shariff berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sangat mengalukan dan menyambut baik usaha dan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam membantu pihak polis menerapkan kesedaran tentang salah laku jenayah dan mencegah aktiviti ektremisme di kalangan generasi muda dari peringkat akar umbi.

LEBIH 500 ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) menyertai program senam silat cekak sempena menyambut hari kemerdekaan dan sokongan kepada pesilat negara dalam Sukan SEA 2017 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini.

Silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang menjadi warisan bangsa Melayu dan Nusantara yang telah wujud sejak zaman berzaman lamanya. Seni silat ini bukan sahaja mengajar ahlinya bagaimana mempertahankan diri tetapi juga untuk membina satu masyarakat yang mempunyai ketahanan dalaman jati diri, disiplin, pembentukan sahsiah yang tinggi.

Maideen Kadir Shah (lima dari kiri) dan Ismail Abd. Muttalib (enam Maideen Kadir Shah (lima dari kiri) dan Ismail Abd. Muttalib (enam kiri) bergambar
bersama pesilat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Khazanah Alam, Jengka, Pahang, semalam.

MARAN 25 Jan. - Seni silat cekak semakin po­pular dan menjadi pilihan penuntut universiti awam dan swasta sebagai aktiviti kokurikulum berkredit dalam pengajian mereka.

Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), Datuk Maideen Kadir Shah berkata, seni silat berkenaan berkembang di kebanyakan institusi pengajian tinggi dan jabatan di negara ini de­ngan keahlian lebih 80,000 orang di seluruh negara.

Logo silat cekak di puncak Kinabalu

KUALA TERENGGANU - Tarikh 29 September merupakan tarikh bersejarah bagi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Terengganu (PSSCM) dan Kelab Kembara Terengganu (Terengganu Backpackers) kerana berjaya menghamparkan bendera gergasi silat cekak bersaiz lebih 12 meter di puncak South Peak, Gunung Kinabalu.

Mohd. AZWARIN AHMED  (dua dari kanan) dan Muhamad Rafi Kori (dua
MOHD. AZWARIN AHMED (dua dari kanan) dan Muhamad Rafi Kori (dua dari kiri) bersama dua anggota Terengganu Backpakers
berdiri di hadapan logo gergasi silat cekak di puncak South Peak, Gunung Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

 

KUALA TERENGGANU 3 Okt. – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Terengganu bersama Terengganu Backpackers berjaya merealisasikan Program Kembara Cekak Ke Puncak, baru-baru ini.

Mereka menghamparkan logo silat cekak di puncak Gunung Kinabalu sebagai suatu simbolik bahawa silat haruslah diangkat martabatnya di tempat yang tinggi, cerminan warisan, ketahanan jati diri, kekuatan bangsa dan maruah negara.

Kuala Lumpur: Persatuan Silat Cekak Malaysia (PSCM) menyumbangkan RM15,000 kepada Tabung Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) sempena perayaan Jubli Emas ke-50 persatuan itu.

Pengerusi Perayaan Jubli Emas ke-50 PSCM Mohd Fizol Mohd Saad berkata, sumbangan itu adalah kali kedua persatuan itu bersama TKHM bagi meraikan program korban bersama masyarakat di Majid Taman Cendana, Pasir Gudang.

"Tiada silat yang mendidik penuntut untuk bertindak ganas. Semuanya untuk niat mempertahankan diri dari diancam dan bukan untuk menunjuk kuat atau bertujuan negatif."

IPOH: Program Satu Sekolah Satu Silat dijangka mula dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan bulan depan sebagai usaha untuk memperkenalkan seni pertahanan diri itu kepada pelajar.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Tan Sri Mohd Ali Rustam, berkata pihaknya yakin langkah tersebut akan dapat memastikan seni persilatan tersebut terus subur di negara ini. Malah, katanya ia juga selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada September lalu yang mengiktiraf silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara.

Pada 18 September 2015 yang lalu, telah berlaku satu detik yang bersejarah bagi warga silat di Malaysia. YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib telah mengisytiharkan Seni Silat sebagai Seni Mempertahankan Diri Rasmi Negara Malaysia. 

Ini adalah satu perkara yang sangat penting bagi penggiat-penggiat silat tanah air dalam memartabatkannya. Ia dilihat sebagai ruang dan peluang yang dibuka seluas-luasnya untuk PESAKA membangunkan semua silat yang ada di Malaysia. Pastinya selepas ini, penggiat-penggiat silat tanah air perlu melakukan lebih banyak kerja bagi tujuan itu. 

Setelah beberapa hari pengisytiharan ini dilakukan, banyak respon-respon negatif yang telah diterima oleh warga silat. Salah satunya adalah laporan akhbar Malaysiakini berkenaan kenyataan Sasterawan Negara iaitu A. Samad Said yang telah memberi takrifan sempit terhadap silat. 

NAJIB menyampaikan ucapan di majlis Perhimpunan Silat PESAKA Malaysia. Turut kelihatan Presiden PESAKA, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Mahaguru Muda Silat Lincah Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (dua dari kiri). - Foto Mohd Shahril Badri

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Peserta Himpunan Rakyat Bersatu dinasihatkan supaya menggunakan peluang menyertai perhimpunan itu yang diluluskan oleh pihak berkuasa pada hari ini, secara berhemah dan tanpa melakukan kesalahan undang-undang.

Presiden Persatuan Silat Cekak Malaysia, Datuk Maideen Kadir Shah berkata demikian kepada para petugas media ketika berkumpul bersama kira-kira 600 peserta himpunan tersebut di Kompleks Kraf di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

 

Mesej jelas tolak tindakan biadap hina pemimpin, kaum, agama

MOHD. ALI RUSTAM (tengah) dan Mahaguru Muda Silat Lincah Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (k
MOHD. ALI RUSTAM (tengah) dan Mahaguru Muda Silat Lincah Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (kanan) memegang permit perhimpunan di Padang Merbok selepas mengadakan sidang akhbar mengenai Himpunan Rakyat Bersatu di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Maideen Kadir Shah (kiri). – UTUSAN/GHAZALI BASRI

 

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Tan Sri Mohd. Ali Rustam menegaskan pihaknya melarang sebarang tindakan berbau provokatif dalam Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok di sini pada 16 September ini.

DSC_0025

3 Febuari 2015 - Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki telah menjemput Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kelantan untuk melakukan demonstrasi Silat Cekak bagi menarik minat pelajar mendalami ilmu seni pertahanan diri. Demonstrasi dilakukan selepas waktu Thobur harian.

Kuala Lumpur: Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dan akhbar Harian Metro menjalin kerjasama dalam Titipan Kasih Harian Metro bagi program misi bantuan banjir khusus untuk mangsa banjir di Bota dan Lambor, Perak, hujung minggu ini.

Program pada Sabtu dan Ahad itu, bertujuan membantu lebih 1,000 keluarga mangsa banjir dari 13 kampung yang terjejas teruk akibat bencana itu.

RAis Yatim bersama Maideen Kadir Shah melihat logo Sambutan Jubli
Rais Yatim bersama Maideen Kadir Shah melihat logo Sambutan Jubli Emas Persatuan Silat Cekak Malaysia (PSSCM) selepas merasmikan majlis sambutannya di Menara Kuala Lumpur, semalam. – MINGGUAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) meraikan sambutan Jubli Emas persatuan itu semalam.

Majlis yang dirasmikan Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim itu dihadiri lebih 300 ahli persatuan berkenaan yang ditubuhkan sejak 1965.

Subcategories

Joomla templates by a4joomla