Pada 17 Mac 2017 (Jumaat) yang lalu, Kelab Seni Silat Cekak Malaysia UTHM (KSSCM UTHM) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-5 di Dewan 3 DTMI. Program ini merupakan program tahunan yang wajib diadakan bagi memilih organisasi yang baharu, selaras dengan peraturan yang telah diperuntukkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (HEPA UTHM).

 

Majlis ini bertambah seri dengan kehadiran beberapa orang tetamu kehormat selaku wakil dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia cawangan Johor Darul Takzim (PSSCMCJDT). Encik Sazali bin Haji Samsudin; Yang Dipertua PSSCMCJDT, yang merupakan perasmi bagi program ini.

Majlis perasmian telah dimulakan dengan alunan selawat badriyah oleh semua hadirin, diikuti dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, dan lagu Negaraku, . Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Saudara Muhammad Muzzammil bin Mohd Daud; Yang Dipertua KSSCM UTHM dan diikuti dengan ucapan, Encik Sazali bin Haji Samsudin; Yang Dipertua PSSCMCJDT telah memberikan ucapan seterusnya merasmikan MAT KSSCM UTHM kali ke-5 ini. Tayangan montaj telah dipertontonkan sejurus ucapan perasmian tersebut.

 

Penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan kepada semua tetamu kehormat yang hadir ke majlis ini juga telah diadakan. Sejurus selesai sesi penyampaian cenderahati, majlis diteruskan dengan sesi fotografi yang melibatkan semua hadirin sebagai tanda dalam lipatan memori. Setelah itu, kesemua tetamu kehormat diiringi keluar dari dewan bagi menikmati jamuan ringan. Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Seni Silat Cekak Malaysia UTHM kali ke-5 juga telah dimulakan selepas itu.

 

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saudari Nurul Shaheera binti Mohd Appandi, ahli tamat KSSCM UTHM yang telah dilantik secara sebulat suara. Mesyuarat telah berjaya dijalankan mengikut agenda. Saudara Muhammad Muzammil bin Mohd Daud telah dilantik sebagai Yang Dipertua KSSCM UTHM yang baru dibantu oleh beberapa Ahli Jawatankuasa yang lain. Mesyuarat telah ditangguhkan pada sekitar jam 10.00 malam. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua barisan kepimpinan AJK KSSCM UTHM sesi 2017 yang baru dan semoga dapat melaksanakan amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya.

Joomla templates by a4joomla