“MAJLIS PENANGGUHAN KELAS LATIHAN SEMESTER 1 2016/2017 KELAB SENI SILAT CEKAK MALAYSIA KOLEJ TUN RAZAK (KSSCM KTR) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) BERLANGSUNG DGN JAYANYA”

Syukur AlhamduLillah. Dengan limpah kurnia dan izinNya, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dengan berkat Guru-guru kita, karamah & hikmah ibu dan bapa, maka Majlis Penangguhan Kelas Latihan Semester 1 2016/2017 KSSCM KTR UTM telah selamat berlangsung dengan jayanya pada 14 Disember 2016 yang lalu. Majlis ini telah berlangusng di Outbound, UTM Skudai. Seramai 35 peserta telah hadir pada Majlis Penangguhan pada kali ini.

Pendaftaran peserta bermula pada jam 8.00 malam dengan majlis dimulai dengan ketibaan VIP dan perasmi program pada jam 9.00 malam serta dimulai dengan bacaan Selawat Badriyah, doa pembuka majlis dan doa makan. Seterusnya, kesemua ahli menikmati jamuan sambil mendengar forum santai daripada penyelia Kelas Latihan KSSCM KTR ,En. Zulkifli b. Zahar, Wan Nur Amnah Bt. Wan Ibrahim dan Mohd Shamsul B. Husin selaku ahli panel. Para peserta dapat mendengar pengalaman ahli-ahli panel sepanjang bergiat aktif dalam persatuan. Mereka juga berkongsi pelbagai input yang dapat membantu ahli-ahli mengaplikasikannnya dalam menjalankan kehidupan seharian.

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pengarah Majlis Penangguhan Kelas Latihan KSSCM KTR UTM, Saudara Wan Nasrul Afiq Bin Wan Nazri dan disusuli dengan ucapan daripada penyelia Kelas Latihan KSSCM KTR, Encik Zulkifli bin Zahar. Sedikit sebanyak beliau turut memberi nasihat kepada ahli-ahli KSSCM KTR. Selepas itu, majlis dimeriahkan lagi dengan sesi pertukaran hadiah sesama ahli. Majlis ini telah selesai pada jam 12.00 malam dengan nyayian lagu Warisan Mutlak dan sesi fotografi.

SYABAS diucapkan kepada Saudara Wan Nasrul Afiq Bin Wan Nazri selaku Pengarah Program bersama ahli-ahli jawatankuasa pelaksana program atas kejayaan menganjur dan menguruskan Majlis Penangguhan Kelas Latihan Semester 1 KSSCM KTR UTM pada kali ini. Ucapan TERIMA KASIH juga kepada semua Ahli PSSCM yang telah hadir ke majlis ini.

BERSAMA & BERSATU.

HIDUP CEKAK!

Yang menjalankan tugas,
Mohamad Hafiz Bin Mohamad Hamzah,
Setiausaha,
Majlis Penangguhan Kelas Latihan Semester 1 2016/2017 KSSCM KTR UTM,
Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi Malaysia

 

GALERI GAMBAR

 

Joomla templates by a4joomla