41 pasukan daripada 27 buah institut pengajian tinggi seluruh Malaysia dan 12 pasukan dari PSSCM Cawangan Negeri, akan bertanding dalam Kejohanan Wajadiri PSSCM IPT dan Jemputan kali ke 6 yang akan diadakan di Univerisiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), pada 21 dan 22 haribulan Ogos 2015. Program yang julung kali dianjurkan di Negeri Johor ini merupakan dalam senarai program bersempena Sambutan Jubli Emas PSSCM 50 Tahun.

 

Pihak urusetia program ini, yang terdiri dari kalangan penuntut Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di UTHM, akan berusaha bersungguh-sungguh dengan memberi kemudahan seperti penginapan dan makanan berserta pelengkapan lain untuk tetamu yang datang dari perbagai IPT seluruh Malaysia. Kami di Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia cawangan Johor Darul Takzim, akan bersama-sama dengan adik-adik kami di UTHM untuk bersama memberikan pengalaman yang teramat bermakna ini. 

Ini adalah kali ke 6 sambutan kejohanan wajadiri di adakan di mana setiap tahun, salah sebuah negeri akan menjadi tuan rumah. Kali ini Johor berasa bertuah menjadi tuan rumah dan UTHM menjadi tempat pertandingan. Pihak kami amat-amat berterima kasih kepada pengurusan UTHM yang menyediakan tempat kejohanan dan memberikan kepakaran mereka dalam menjayakan program ini. 

  

Kejohanan wajadiri PSSCM IPT dan Jemputan kali ke 6 ini diharap akan membawa lebih ramai ahli di kalangan pelajar IPT dan terbuka pada orang awam untuk mempelajari silat cekak . Kami di Johor mempunyai  8 kelas latihan, antaranya di Taman Kemas, Pasir Gudang, Kota Tinggi,  Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,  Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Politeknik Ibrahim Sultan dan Kota Tinggi.

Turut memberi bantuan adalah Pesaka Negeri Johor, yang mana Persatuan Seni Silat Cekak Malayisa sebagai badan pendiri, dan Encik Abd Wahid telah mengatakan yang beliau akan hadir. Encik Sazali bin Samsudin, yang dipertua Persatuan Seni Silat Cekak Malayisa Negeri Johor, merupakan ahli jawatankuasa PESAKA Johor, dan juga adalah guru Silat Cekak Malaysia di peringkat negeri Johor. 

Majlis ini akan dihadiri oleh Guru Utama, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, semua yang dipertua  negeri dan ahli-ahli silat cekak yang dianggarkan berjumlah 800  orang. Program ini akan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Noh bin Dalimin, Naib Canselor , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

 

 

 

 

Joomla templates by a4joomla