Bukit gunung tempat bertapa,
Masuk desa jauh ke kota,
Sudah dua kali Aidiladha tidak berjumpa,
Rasa rindu penuhi dada.

 

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan .

 

Mentari jingga awan berarak,
Bulan tiba bersilih mentari,
Ibadah korban kita semarak,
Moga diterima Rabbul Izzati.

 

Bulan Zulhijjah bulan mulia,
Di sambut dengan hati gembira,
10 Zulhijjah kini menjelma,
Ucapan dikirim maaf di pinta

 

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha Kepada Seluruh Umat Islam.
Semoga setiap pengorbanan kita di muka bumi ini demi sesuatu kebaikan akan mendapat redha Allah swt.

 

 

Tulus Ikhlas daripada

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Johor Darul Takzim

Joomla templates by a4joomla