"BUDAYA SILAT TERAS TRANSFORMASI NEGARA"
BERITA SEMASA PSSCM
6hb Mac 2017 ISNIN

Majlis Pelancaran Tema Sambutan 52 Tahun Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Syukur AlhamduLillah, majlis pelancaran Tema Sambutan 52 Tahun PSSCM telah selamat disempurnakan oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM. Tema yang telah dipilih adalah "Budaya Silat Teras Transformasi Negara". Syabas dan tahniah diucapkan kepada saudara Shukri bin Janudin kerana telah dipilih sebagai pemenang bagi pemilihan tema pada tahun ini.

Majlis pada malam ini turut diserikan dengan kehadiran Primeworks Studios dan 8TV yang telah hadir untuk membuat liputan rakaman bersempena dengan program 13 episod Together Here We Are yang memfokuskan kepada Sambutan Kemerdekaan Malaysia yg ke 60 Tahun.

Objektif dokumentari selama 13 episod ini bakal memperkenalkan imej Malaysia kepada rakyat Malaysia dan antarabangsa. Di bawah topik Seni Mempertahankan Diri, Silat telah dipilih untuk mewakili budaya Melayu dan Muslim dan PSSCM sangat bertuah kerana Primework Studios telah memilih Seni Silat Cekak Malaysia untuk dimuatkan dalam slot program ini.

Majlis pada malam ini juga turut diserikan lagi dengan kehadiran barisan Jawatankuasa Pusat PSSCM dan juga pelajar-pelajar antarabangsa yang datang dari pelbagai Negara antaranya Mesir, Yaman, Nigeria, Holland dan Arab Saudi.

Terima kasih diucapkan kepada pengurusan Kelas Latihan Shah Alam di bawah teraju Tuan Haji Mohd Fizol bin Mohd Saad, selaku Penyelia serta barisan jawatankuasa dan ahli-ahlinya di atas persiapan tempat bagi sesi rakaman dokumentari dan majlis pelancaran pada malam ini.





 

 

Joomla templates by a4joomla