Tanggal 6hb Jun 2020, seluruh warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mendapat perkhabaran yang menyedihkan, seorang insan yang banyak menabur jasa dan sumbangan dalam PSSCM, telah kembali ke rahmatullah.

Seorang insan yang telah banyak melahirkan perawi-perawi Barzanji, Marhabban, Qasidah dan Burdah di kalangan ahli-ahli PSSCM.

Bukan setakat itu sahaja, banyak lagi sumbangan beliau yang tidak dapat dinilaikan melalui wang ringgit. Terlalu besar jasa beliau..

Tenanglah di sana, wahai Almarhum Azman bin Malik, seorang guru/bapa/abang/sahabat kepada semua yang bergelar ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Pergimu seumpama "orang besar",
Pergimu dicemburui ramai,
Usai Asar, dalam keadaan yang sangat bersih,
Semoga ilmu yang dicurahkan menjadi bekal di alam sana..

Moga Allah ampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.

Semoga Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

AlFatihah

 

Link facebook

Joomla templates by a4joomla