AlhamduLillah, pada 10 September 2021 (Jumaat) jam 10.00 malam, telah berlangsung Mesyuarat Agung Cawangan Luar Biasa (MACLB) PSSCM CJDT Kali Pertama Tahun 2021 hasil dari keputusan sebulat suara di dalam mesyuarat AJK Cawangan Kali ke-3 bertarikh 27 Ogos 2021 yang telah memutuskan untuk diadakan MACLB dengan tujuan pembelian tanah lot yang terletak di Daerah Kota Tinggi.

 

Mesyuarat telah berjaya mengumpulkan seramai 88 Ahli orang PSSCM dari seluruh Johor secara atas talian melalui aplikasi ZOOM.

 

Majlis telah dimulai dengan Ucapan Alu-aluan Tuan Pengerusi Majlis, bacaan Selawat Badriyyah, Nyanyian Lagu Bangsa Johor, Nyanyian Lagu Negaraku, Bacaan Doa Majlis, Perlantikan Tuan Pengerusi Mesyuarat, Perlantikan Setiausaha Sementara sebagai Pencatit Minit, Ucapan Alu-aluan dan Majlis Perasmian MACLB PSSCM CJDT Kali Pertama Tahun 2021 oleh Encik Sazali bin Samsudin, Yang DiPertua PSSCM CJDT.

 

Mesyuarat diteruskan lagi dengan Penerangan Perihal Tanah Lot di Kota Tinggi oleh Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman, Naib Yang DiPertua PSSCM CJDT. Acara kemuncak program adalah persetujuan sebulat suara dari ahli mesyuarat PSSCM CJDT memberi mandat kepada AJK Cawangan PSSCM CJDT untuk membeli tanah lot di Kota Tinggi.

 

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan penangguhan oleh Encik Sazali bin Samsudin, YDP PSSCM CJDT & majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Warisan Mutlak pada jam 11.10 malam. 

 

Sekian, terima kasih.

 

 

#SilatCekak55tahun

#SilatCekakMalaysia

#SeniSilatCekakMalaysia

#KhazanahWarisanBudayaNegara

#SilatWarisanKebangsaan

#SeniSilatWarisanBangsa

#BersamaDanBersatu

#KelestarianBudayaSilatKeArahDigitalisasi

Joomla templates by a4joomla