Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1438H/2017 kepada semua umat Islam di seluruh dunia dan Malaysia khususnya. Semoga Eid Mubarak tahun ini membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup kita semua.
Kepada semua jemaah haji pada tahun ini, di doakan semoga selamat dan sejahtera serta dikurniakan juga kesihatan dan kekuatan agar dapat menjalankan ibadah rukun Islam ke-5 ini dengan sempurna. InsyaAllah, semoga semua akan beroleh haji mabrur... amiin.
Kepada yang melakukan ibadah qurban, semoga segalanya berjalan dengan lancar, beroleh keberkatan dan diterima Allah SWT.
Aidiladha merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain dari Aidilfitri.
Sambutan Hari Raya Aidiladha ini amat istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail AS dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Aidiladha disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah pada setiap tahun Hijrah. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah sehinggalah tiga hari berikutnya. Solat sunat Aidiladha dan khutbah pula dilakukan pada pagi 10 Zulhjjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada siang 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.
Bersama kita hayati Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Qurban ini dengan memahami maksud sebenar ianya disambut. Semoga kita semua beroleh rahmat dan diberkati Allah SWT.
webmaster team psscm-cjdt.org