Tarikh 13 Ogos 1986 merupakan detik yang tidak dapat dilupakan oleh ahli-ahli Silat Cekak kerana tarikh tersebut merupakan tarikh Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad pengasas PSSCM pulang ke rahmatullah...

Walaupun sudah 31 tahun Almarhum meninggalkan kita namun segala jasa dan pengorbanan Almarhum terhadap kita tetap dikenang oleh semua pendokong Silat Cekak.

Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan ditempatkannya di kalangan para syuhada dan solihin serta memberkati perjuangan kita memartabatkan Silat Cekak.

Amin


- credit PSSCM Putrajaya
Joomla templates by a4joomla