Kelab Seni Silat Cekak Malaysia Kolej Tun Razak Universiti Teknologi Malaysia (KSSCMKTRUTM) telah dijemput untuk mengadakan persembahan demonstrasi untuk slot Seni Mempertahankan Diri sempena Festival Konvonkesyen ke-54 (FESKO54) yang diadakan sempena Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-54 pada hari Rabu, 22 April 2015. Slot tersebut juga disertai oleh Persatuan Seni Silat Cekak Universiti Teknologi Malaysia (PSSCUTM) dan Kelab Seni Silat Gayung UTM (KSSGUTM). Persembahan dimulakan oleh PSSCUTM, diikuti KSSGUTM dan diakhiri oleh KSSCMKTRUTM. Skuad demonstrasi KSSCMKTRUTM disertai oleh 13 orang ahli tamat.

Format demonstrasi yang digunakan adalah adegan bermuzik dengan menggunakan lagu Semerah Padi. Adegan yang dipertontonkan adalah senaman kaedah, adegan buah jatuh, empat serang satu, sepasang kaki dan senjata, umum tangan kosong, umum serangan kaki dan umum senjata serta senaman Pergerakan Latihan Bersepadu Cekak (PLBC). Skuad demonstrasi memulakan persembahan pada jam 6:15 petang dan berakhir pada jam 6:20 petang. Tiada kecederaan dilaporkan oleh skuad demonstrasi. 

Ahli-ahli lain juga turut serta dalam membantu mempromosikan PSSCM dan mengedarkan risalah pengambilan ahli baru. Saudara Menhat bin Majid, Biro Pertunjukan dan Demonstrasi Persatuan Seni Silat Cekak Cawangan Johor Darul Takzim (PSSCMCJDT) turut hadir untuk memberi sokongan. Saudara Mohd Shamsul bin Dato' Husin mewakili KSSCMKTRUTM telah mengumumkan mengenai pengambilan ahli baru kepada para hadirin di tapak FESKO54 selepas persembahan berakhir. 

 

---------

Disediakan oleh : En Mohd Shamsul bin Dato' Husin
LAPORAN DEMONSTRASI SENI MEMPERTAHANKAN DIRI SEMPENA FESTIVAL KONVOKESYEN ke-54 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 

Joomla templates by a4joomla