Oleh Suryani Rusli

 

27 September, Jumaat - Alhamdu lillah, selesai sudah program Bijak Belajar 5 (Smart Learning) anjuran Kelab Seni Silat Cekak Malaysia UTHM yang bertempat di Dewan Al-Farabi, Masjid Sultan Ismail.

Program ini yang dijadualkan pada 27 September 2019 telah dihadiri oleh 3 orang wakil daripada KSSCM KTR UTM. Para peserta didedahkan dengan teknik belajar yang betul sesuai dengan peringkat pengajian pelajar selain dibimbing secara 'one to one coach' bagi memberikan kefahaman yang lebih.

Diharapkan, program seperti ini dapat dilaksanakan agar ahli kelab KSSCM KTR UTM khususnya pelajar dapat mempraktikkan gaya pembelajaran yang 'smart' disamping dapat memberikan pengasingan komitmen yang sepenuhnya kepada tugas-tugas lain.

Joomla templates by a4joomla