22 September 2017 (JUMAAT) - Ahli PSSCM Cawangan Johor Darul Takzim telah beramai-ramai menghadiri Sambutan Awal Muharram 1439 Hijrah dan Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban, Negeri Sembilan.

Ahli PSSCM CJDT turut meraikan bersama seluruh ahli PSSCM dari serata negeri dari seluruh Malaysia.

Disebelah pagi, acara membaca barzanji, qasidah burdah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. kemudian disebelah petang pula acara Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM serentak dengan pelancaran buku panduan ibadah berjilid, khas untuk ahli-ahli PSSCM.

   

 

 

 

Joomla templates by a4joomla