KUALA LUMPUR 16 Sept. - Peserta Himpunan Rakyat Bersatu dinasihatkan supaya menggunakan peluang menyertai perhimpunan itu yang diluluskan oleh pihak berkuasa pada hari ini, secara berhemah dan tanpa melakukan kesalahan undang-undang.

Presiden Persatuan Silat Cekak Malaysia, Datuk Maideen Kadir Shah berkata demikian kepada para petugas media ketika berkumpul bersama kira-kira 600 peserta himpunan tersebut di Kompleks Kraf di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

 

 

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/himpunan-rakyat-guna-peluang-berhimpun-tanpa-langgar-undang-undang-1.136533#ixzz4kIrDcvtr

 

© Utusan Melayu (M) Bhd

Joomla templates by a4joomla