Kuala Lumpur: Persatuan Silat Cekak Malaysia (PSCM) menyumbangkan RM15,000 kepada Tabung Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) sempena perayaan Jubli Emas ke-50 persatuan itu.

Pengerusi Perayaan Jubli Emas ke-50 PSCM Mohd Fizol Mohd Saad berkata, sumbangan itu adalah kali kedua persatuan itu bersama TKHM bagi meraikan program korban bersama masyarakat di Majid Taman Cendana, Pasir Gudang.

“Beberapa wakil persatuan dari Lembah Klang bersama 150 ahli dari Johor akan turut serta memastikan kelancaran sepanjang program berkenaan.

“Tambahan pula ada ahli persatuan terdiri daripada individu yang ada pengalaman menyembelih, melapah dan memasak kerana kebanyakan program persatuan dikendalikan oleh ahli sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di Balai Berita NSTP, di sini, semalam.

Turut hadir menerima sumbangan Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar dan Pengarang Eksekutif (Pengeluaran/BPI) Harian Metro yang juga Pengerusi TKHM Othman Mamat.

Mohd Fizol berkata, ahli PSCM juga akan membuat persembahan demonstrasi silat bagi memeriahkan dan menghidupkan suasana program berkenaan.

“Selain itu, kami juga akan membuat pengambilan ahli baru bagi PSCM bahagian Pasir Gudang,” katanya.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 11:15 AM

Joomla templates by a4joomla