RAis Yatim bersama Maideen Kadir Shah melihat logo Sambutan Jubli
Rais Yatim bersama Maideen Kadir Shah melihat logo Sambutan Jubli Emas Persatuan Silat Cekak Malaysia (PSSCM) selepas merasmikan majlis sambutannya di Menara Kuala Lumpur, semalam. – MINGGUAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) meraikan sambutan Jubli Emas persatuan itu semalam.

Majlis yang dirasmikan Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim itu dihadiri lebih 300 ahli persatuan berkenaan yang ditubuhkan sejak 1965.

Yang turut hadir, Presiden PSSCM, Datuk Maideen Kadir Shah, Presiden Majlis Pendekar Malaysia (MPM), Tan Sri Omardin Mauju dan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Tan Sri Mohd. Ali Rustam.

Majlis diserikan dengan persembahan demonstrasi khas oleh pesilat-pesilat PSSCM.

Sementara itu, menurut Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omar Din, bapanya telah menggagahkan diri menghadiri majlis berkenaan walaupun masih menjalani rawatan radioterapi untuk penyakit kanser.

“Pada hari majlis berkenaan, beliau baharu lepas menjalani rawatan radioterapi di Institut Kanser Negara (IKN) tetapi dia memberi komitmen tinggi kepada dunia persilatan dan tetap memenuhi jemputan,” katanya.

Kata beliau, bapanya telah menjalani rawatan di IKN selama sembilan hari, namun cukup bersemangat menghadiri majlis itu untuk bersama dengan warga silat dan sahabat-sahabat lama.

 

 

 

Artikel Penuh:

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/psscm-sambut-jubli-emas-1.46521#ixzz4kIooJoZZ

 

© Utusan Melayu (M) Bhd

Joomla templates by a4joomla