LEBIH 500 ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) menyertai program senam silat cekak sempena menyambut hari kemerdekaan dan sokongan kepada pesilat negara dalam Sukan SEA 2017 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini.
Guru Utama dan Presiden PSSCM, Datuk Maideen Kadir Shah berkata, program itu sebagai menzahirkan rasa cinta dan patriotisme kepada negara yang terbina sejak 60 tahun lalu selepas lebih 500 tahun dijajah.
Katanya, kemakmuran dinikmati rakyat kini adalah hasil perjuangan orang terdahulu dan diteruskan kepimpinan kerajaan hari ini. “Kebetulan sambutan kemerdekaan negara jatuh pada temasya Sukan SEA dan kita meraikannya serentak.
“Kita memberi sokongan penuh kepada pesilat negara untuk mencapai sasaran lapan pingat emas yang diletakkan dalam pertandingan bermula pada 24 Ogos nanti,” katanya.
Menurutnya, silat adalah satu budaya bangsa dan tidak dapat dipisahkan kerana Melayu adalah silat serta silat adalah Melayu. Katanya, silat bukan sekadar ilmu mempertahankan diri semata-mata sebaliknya ia medium untuk mendidik bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2017 @ 9:31 PM
oleh
Mohd Nasif Badruddin
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/08/255840/senam-silat-sempena-hari-merdeka-sukan-sea