DSC_0025

3 Febuari 2015 - Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki telah menjemput Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kelantan untuk melakukan demonstrasi Silat Cekak bagi menarik minat pelajar mendalami ilmu seni pertahanan diri. Demonstrasi dilakukan selepas waktu Thobur harian.

Wakil mereka seramai sembilan orang telah melakukan demostrasi di tengah ruang bulatan yang dibuat oleh para pelajar. Menurut salah seorang wakil persatuan tersebut, seni ini melibatkan gaya pertempuran yang diambil daripada gaya orang Islam sedang solat. Seni ini lebih menumpukan kepada pertahanan berbanding melawan Gerak tempur yang digunakan lebih untuk mempertahankan diri.

 

Tidak kurang juga cara bertempur secara beramai-ramai turut diperlihatkan dengan hebat sekali .Pada akhir demonstrasi ini,mereka melakukan satu sketsa yang menunjukkan seorang remaja dibuli oleh sekumpulan orang dan remaja itu mempertahankan dirinya dengan menggunakan gerak seni silat cekak. Selepas selesai demonstrasi tersebut, pelajar dipertonton satu clip video menunjukkan kejayaan seni Silat Cekak di Malaysia.

sumber - http://yik.edu.my/sekolah/mml/?p=1699

Joomla templates by a4joomla