Koleksi Arkib Akhbar | Arkib Video | Arkib Artikel

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Melaka turut mempamerkan kehebatan
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Melaka turut mempamerkan kehebatan bermain capteh.

MELAKA 17 Nov. - Permainan tradisonal atau dikenali sebagai permainan rakyat kini tidak lagi menjadi pilihan khususnya kepada genera­si muda setelah terdedah dengan kepesatan teknologi yang seolah-olah telah mengubah keseluruhan cara hidup masyarakat.

wu_01 : TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (tengah)
berkenan bergambar bersama Maideen Kadir Shah (empat dari kanan) dan anggota PSSCM,
di UniMAP Pauh Putra di arau, Perlis, kelmarin. - BERNAMA

 

ARAU 22 Sept. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ilmu seni silat Melayu mendidik pengamalnya cara mempertahankan diri dan mampu menjadi pemangkin dalam membina masyarakat untuk mencintai negara.

Baginda bertitah, seni silat, yang mengajar pembentukan ketahanan dalaman, jati diri, disiplin, sahsiah, kesetiaan serta kecintaan terhadap nusa dan bangsa, mempunyai ciri yang diperlukan dalam mencapai tujuan itu.

"Dalam mendepani cabaran mendatang, ibu bapa wajar menggalak dan memastikan anak-anak mereka menguasai seni silat bagi melahirkan masyarakat Melayu yang menghargai asal-usul, bersatu, bertanggungjawab dan beradab.

"Mempelajari seni silat akan menjauhkan anak-anak daripada perbuatan negatif dan melatih mereka pula akan melahirkan golongan yang berprinsip, berkeperibadian mulia, yakin, berdisplin, berani, taat dan patuh kepada pemimpin," titah baginda.

Demi memartabatkan warisan bangsa seni silat cekak di negara ini, Kelab Seni Silat Cekak Malaysia (KSSCM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) cawangan Johor telah menganjurkan Kursus Tenaga Pengajar Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Zon Selatan 2014 pada 5 hingga 6 April baru-baru ini.


Maideen Kadir Shah (duduk, dua dari kiri) dan isteri, Datin Roznida Ali Omar bergambar bersama
Reezal Merican Naina Merican (kiri) serta pemimpin-pemimpin Silat Cekak
selepas Istiadat Pertabalan Guru Utama Silat Cekak Ke-3 di Seremban, semalam. - UTUSAN/Abd Razak Aid

 

SEREMBAN 5 Nov. - Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) melakar sejarah baru dalam era perkembangan seni silat Melayu apabila menampilkan kelainan pada Sambutan Awal Muharam 1435H di ibu pejabat PSSCM Cawangan Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Sempena sambutan tersebut, PSSCM turut mengadakan buat pertama kalinya Istiadat Pertabalan Guru Utama Silat Cekak Ke-3 secara penuh tradisi dan budaya orang Melayu.

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
15 Januari 2013 2:00 AM

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mengetuai lima penyandang yang mempertahankan jawatan masing-masing pada mesyuarat agung pemilihan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) kali ke-13 di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka.

Ketua Menteri Melaka itu menang tanpa bertanding bagi penggal kedua berturut-turut sejak 2010-12 dan kali ini, 2012-14 manakala Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din yang dipilih semula tanpa dicabar bagi penggal kelima.

Timbalan Presiden, Datuk Suhaimi Md. Shah dari Pahang dan dua Naib Presiden - Datuk Zubir Embong (Terengganu) dan Rosman Mat Deli (Persatuan Silat Cekak Malaysia) masing-masing menewaskan Datuk Adiwijaya Abdullah dalam pemilihan ketiga-tiga jawatan itu.

Sembilan anugerah sempena MAKEP - Utusan

KUALA TERENGGANU 6 Mac - Malam Anugerah Kepimpinan Pelajar (MAKEP) 2011 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang merupakan satu tradisi tahunan berlangsung di Taman Tamadun Islam di sini baru-baru ini.

MAKEP kali ketiga itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab. Rahim Md. Noor dalam suasana penuh meriah dan diserikan dengan persembahan kebudayaan.

Sebanyak sembilan anugerah disediakan oleh MAKEP sebagai pengiktirafan kepada penuntut-penuntut termasuk Anugerah Khas MAKEP yang dimenangi oleh Fauzi Adam Sungip.

Anugerah Kelab Terbaik Keseluruhan pula dimenangi oleh Sekretariat Permuafakatan Siswa-siswi Felda (Persada) yang aktif dalam gerak kerja kemasyarakatan.

Anugerah Kelab Terbaik (Akademik) pula dimenangi oleh Himpunan Mahasiswa Matematik (HIMMAT).

Kategori Sosial dimenangi oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Sukan (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia), Badan Beruniform (PALAPES) dan Kebudayaan (Kelab Kebudayaan Baratham).

Gelugor - Malam Pendekar peringkat kebangsaan di Universiti Sains Malaysia (USM) bakal menghimpunkan  pendekar-pendekar Melayu dari pelbagai latar belakang persilatan Melayu Nusantara.

IPOH – Kejohanan Seni Silat Warisan Mahaguru yang bakal berlangsung esok mampu menjadi pemangkin kepada usaha memartabat seni silat dan senjata warisan Melayu.

IPOH – Penyertaan dalam Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru yang berlangsung esok membawa makna besar kepada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).


Kontinjen pasukan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi Mara Pahang
kategori putera dan puteri meraikan kemenangan apabila dinobatkan juara di Tanjung Malim, baru-baru ini.

 

KUALA KRAU 11 Jan. - Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang muncul juara keseluruhan Kejohanan Waja Diri Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 1Malaysia Kali Keempat di Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini.

Dengan kemenangan itu, UiTM Pahang berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.


Peserta dari UiTM Jengka dan UiTM Melaka mucul johan Putera dan Puteri
pada Karnival Silat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini.

TANJUNG MALIM 6 Jan. - Silat merupakan seni mempertahankan diri yang menjadi wadah warisan seni bangsa di negara ini. Justeru, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) iaitu salah satu persatuan yang giat mengajar seni silat ini mampu berperanan menarik penyertaan ramai generasi muda dalam memastikan seni pusaka bangsa terpelihara.

Bagi generasi baru, terutama pelajar di universiti ia memberikan pendedahan kepada golongan itu menguasai ilmu silat ke arah kepentingan warisan budaya, terutama warisan bangsa Melayu yang makin dilupakan.

Ini kerana silat apabila dikembangkan di universiti di negara ini boleh melahirkan graduan yang berkarisma dan berkebolehan dalam pelbagai bidang.

MENGIMBAS kembali album pengalaman di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, aku mula menuntut ilmu persilatan yang berasal dari Kedah ketika tahun pertama dengan pelajaran silat disampaikan kepadaku secara berperingkat-peringkat sehingga tamat.

Aku mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan sepenuh penghargaan kepada semua jurulatih Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia USM yang banyak mencurahkan ilmu, petua dan amalan bermanfaat sepanjang pembelajaran yang aku lalui di dalam kelas latihan.

BUKIT SENTOSA (15 Feb 2009) – Bagi memantapkan kemahiran per-tahanan diri seluruh ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), satu de-monstrasi berkumpulan dian-jurkan bersama kira-kira 200 peserta daripada 35 kelas ilmu persilatan di sekitar kawasan Lembah Klang.

BUKIT SENTOSA - Penglibatan remaja serta belia dalam seni mempertahankan diri dilihat usaha terbaik dalam membentuk disiplin diri.

Kebanyakan mereka menganggap mempelajari seni mempertahankan diri bukan sahaja mampu membentuk disiplin, malah dianggap satu keperluan dan menjadi pelengkap dalam kehidupan seharian.

Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu daripada golongan remaja dan belia yang memilih Silt Cekak sebagai ilmu bela diri mereka.

PULAU PINANG 21 Jan. - Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Malam Pendekar bagi menyuburkan kembali seni persilatan Melayu di kalangan masyarakat hari ini.

Koordinator Bahagian Persembahan dan Protokol acara tersebut, Muhamad Khalis Iskander Shah berkata, program berkenaan yang menggabungkan pelbagai jenis seni silat akan diadakan selama sehari iaitu pada 6 Februari depan di Dewan Tunku Syed Putra di sini.

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Seramai empat juta ahli seni mempertahankan diri di negara ini akan memboikot penggunaan produk buatan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju berkata, setiap ahli dan keluarga mereka telah menyatakan kesediaan untuk memboikot barangan keluaran negara berkenaan dalam kehidupan seharian mereka.

'''Saya yakin dengan jumlah ahli seni mempertahankan diri yang besar di negara ini, mampu untuk memberi kesan terhadap kekejaman yang dicetuskan Israel.

''Malah kesepakatan yang terjalin antara pertubuhan yang ada mampu memberi impak memandang cara ini paling terbaik masa kini,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Penyelaras Aman Malaysia, Datuk Mukhriz Tun Mahathir; Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Fuad Hassan dan Presiden Majlis Seni Bela Diri Malaysia (Marcil), Datuk Dr. Rahman Ismail.

Antara pertubuhan seni silat yang memboikot produk berkenaan ialah Seni Silat Gayong Malaysia, Silat Gayong Fatani, Seni Silat Cekak Malaysia, Seni Silat Cekak Hanafi dan Seni Silat Lincah Malaysia.

KOTA BHARU 30 Jan. – Sebanyak RM1.4 juta diperuntukkan bagi menaik taraf Muzium Islam Kelantan di sini bertujuan menambah lagi daya tarikannya kepada pengunjung, kata Pengarah Perbadanan Muzium Negeri, Alimin Omar.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM800,000 disalurkan oleh kerajaan negeri manakala bakinya disalurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa).

Program Seminar Ulama’ Berjiwa Panglima merupakan program yang diadakan untuk menyingkap kisah-kisah ulama’ di sekitar Tanah Jawi yang bukan sahaja tinggi ilmu agamanya, malah hebat dalam ilmu persilatan mereka. Beberapa pakar sejarah telah dijemput untuk membentangkan kerja mereka. Program ini berjaya menarik lebih dari seribu peserta yang datang dari pelbagai aliran persilatan. Secara tidak langsung, pogram ini berjaya membuka mata masyarakat tentang jasa-jasa dan kehebatan ulama’ zaman silam. (sumber - http://www.psscmuiam.org/?page_id=497)

Penerapan Jati Diri Melalui Ilmu Bela Diri: Pendekatan Seni Silat Cekak Malaysia

Oleh: Prof. Madya Dr.Abdul Majid Ismail
Berita Cekak, Bilangan 2, Jun 2003


Prof. Madya Dr. Abdul Majid Ismail adalah merupakan Dekan Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan USM Pulau Pinang. Dalam PSSCM, beliau Penasihat PSSCM USM dan YDP PSSCM Cawangan Pulau Pinang. Di samping itu beliau adalah Pengerusi Jabatan Pusat-Pusat Pendidikan Tinggi PSSCM & Jurulatih Seni Silat Cekak Malaysia.

Kertas kerja ini telah dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Kerja Sosial 2002, Anjuran Sekolah Pembangunan Sosial UUM, Hotel Legend Kuala Lumpur pada 13-15 Ogos 2002.
(Editor)

 

Artikel temu ramah oleh Majalah Seni Beladiri 1998

Tn Haji Ishak Itam
Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

 

Seperti kata-kata yang telah mendahului kita; "… selagi bernafas, selagi itu hidup. Selagi hidup selagi itulah ilmu dicari. Ilmu yang tiada penghujung".

Begitu juga dalam perjuangan. Selagi bernyawa mereka yang sudah menyimpan atau perasaan yang sudah tersimpan akan terus bersemangat untuk langkah ke depan. Ada yang perlu bersingseng lengan, ada yang tidak perlu. Namun perjuangan peribadi wajar diaruskan supaya ia mengalir ke satu arah. Arah mungkin tidak menentu tetapi tetap kembali ke satu. Yang faham akan perjuangan tidak berganjak, yang mengerti erti perjuangan akan berlangkah untuk menyambung. Ini amanah dan ini juga amanat batin.

OLEH ALMARHUM USTAZ HJ HANAFI BIN HJ AHMAD

Pendahuluan

Sebagai mukadimah dalam menangani tajuk kertas kerja ini eloklah kita sama-sama renungi beberapa sedutan yang melibatkan pernyataan-pernyataan tentang aspek yang sama berhubung kait dengan tajuk kertas kerja ini.

a) Almarhum Ustaz Hanafi dalam ucapannya sewaktu menyambut perayaan 10 tahun Cekak pada 25 Disember 1975 bertempat di dewan Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur, berkata :

"Walaupun nampaknya sebagai perkara biasa sahaja, namun sebenarnya dengan penerimaan penuntut-penuntut tersebut menunjukkan yang Silat Cekak itu Silat Melayu yang bermutu tinggi, yang sesuai dan boleh dikaji secara akademik dan saintifik yang mana dengan ini menyebabkan penuntut-penuntut yang bernas itu dapat menerimanya dengan mudah sekali." (Halimah Hj. Ahmad, ms 89)

b) Seterusnya dalam ulasan selanjutnya :

"Kaedah-kaedah Seni Silat Cekak dapat memberikan sebab dan akibat. Ia sesuai dengan hukum akal dan sainifik sekali."

(Halimah Hj. Ahmad, ms 116)

c) Profesor Datuk Shahnon Ahmad semasa berucap merasmikan Pameran Seni Silat Cekak Universiti Sains Malaysia di foyer dewan Tuanku Syed Putra pada sidang akademik 1988/89 berkata :

"…Pada pengamatan saya, Seni Silat Cekak ini begitu analitikal dan saintifik sekali."

d) Perlembagaan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia menggariskan di dalam Peraturan 3 iaitu tujuan persatuan seperti berikut :

"Mempelajari dan mengkaji semua jenis silat untuk dibahas dan dijadikan bahan kajian ilmiah."

(Perlembagaan PSSCM, ms 2)

 

 

Artikel oleh Y.M. Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad.

Dalam kertas ini ilmu bela diri adalah dimaksudkan dengan ilmu untuk mempertahankan diri daripada ancaman-ancaman, pencerobohan-pencerobohan dan keganasan-keganasan yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab khususnya musuh Allah. Mempertahankan diri pula, dalam ertikata yang luas ialah mempertahankan diri sendiri dan apa jua yang berkaitan dengan diri atau agama, harta dan negara.

Subcategories

Joomla templates by a4joomla