Sembilan anugerah sempena MAKEP - Utusan

KUALA TERENGGANU 6 Mac - Malam Anugerah Kepimpinan Pelajar (MAKEP) 2011 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang merupakan satu tradisi tahunan berlangsung di Taman Tamadun Islam di sini baru-baru ini.

MAKEP kali ketiga itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab. Rahim Md. Noor dalam suasana penuh meriah dan diserikan dengan persembahan kebudayaan.

Sebanyak sembilan anugerah disediakan oleh MAKEP sebagai pengiktirafan kepada penuntut-penuntut termasuk Anugerah Khas MAKEP yang dimenangi oleh Fauzi Adam Sungip.

Anugerah Kelab Terbaik Keseluruhan pula dimenangi oleh Sekretariat Permuafakatan Siswa-siswi Felda (Persada) yang aktif dalam gerak kerja kemasyarakatan.

Anugerah Kelab Terbaik (Akademik) pula dimenangi oleh Himpunan Mahasiswa Matematik (HIMMAT).

Kategori Sosial dimenangi oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Sukan (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia), Badan Beruniform (PALAPES) dan Kebudayaan (Kelab Kebudayaan Baratham).

Turut dipertandingkan Anugerah Cover Catalia Creative yang dimenangi oleh Wafiuddin Akmal Tarmadi, Anugerah Publisiti dan Multimedia Terbaik (Kelab Amatur Intelektual), Anugerah Jasa Bakti Penasihat Kelab Terbaik (Mohd. Ismadi Izhan Ismail) dan Anugerah Pengarah Program Terbaik (Mohd. Syukur Abdul Jalil).

Anugerah Program Terbaik Akademik pula dimenangi oleh Kem Gerak Minda Matematik Tambahan 2011, Eksekutif (Jalinan Kasih Penyayang UMT di Kemboja) dan Sosial (Kembara Malindo).

Bagi kategori sukan ia dimenangi oleh Majlis Konvensyen Silat Cekak Malaysia Zon Timur, Badan Beruniform (Program Bakti Siswa/Anak Angkat Kor SUKSIS UMT Kampung Undang dan Kebudayaan (Malam Kebudayaan India 2011).

 

 

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/terengganu/sembilan-anugerah-sempena-makep-1.296947#ixzz4kImFmlQc

 

© Utusan Melayu (M) Bhd

Joomla templates by a4joomla