Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.

Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping sebagai 'pemegang amanah'.

Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said. YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad telah mengasaskan PSSCM dan meneraju mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun dan telah meninggal dunia pada 13 Ogos 1986. 

Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September 1986. Y.M. Haji Ishak Itam terus menerajui PSSCM sehingga beliau menyerahkan pucuk pimpinan Silat Cekak kepada Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah pada 3 Jun 2009 dan secara beradat pada 23 Jun 2009.

 

Panglima Ismail

Panglima Ismail (Wan Ismail Bin Wan Long)

Panglima Kanan Negeri Kedah di zaman Kesultanan Ahmad Tajuddin II (-1897)

  Panglima Tok Rashid

Panglima Tok Rashid (Tok Rashid bin Awang Lahat)

Panglima Kanan Negeri Kedah telah menerima Silat Cekak dari wasilah Panglima Ismail. (1897-1925)

  Yahya Said (Pemegang Amanah) Menerima Silat Cekak dari Panglima Tok Rashid sebagai "Pemegang Amanah" selama 40 tahun dari 1925 hingga 1965.
Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad Pengasas PSSCM dan sebagai Guru Utama merangkap Presiden selama 21 tahun dari 1965 hingga 13 Ogos 1986.
Tuan Haji Ishak bin Itam Guru Utama & Presiden PSSCM selama 23 tahun mulai dari 21 September 1986 hingga 3 Jun 2009.
Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah Guru Utama & Presiden PSSCM mulai dari 3 Jun 2009 hingga sekarang.
Joomla templates by a4joomla