Di bawah Fasal 5.1, Perlembagaan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah memperuntukkan kuasa kepada YM Guru Utama untuk melantik dan mempengerusikan sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) bagi membantu beliau melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab apa jua hal persilatan.
Selain daripada fungsinya untuk mentadbir hal-ehwal persilatan, ia juga berfungsi untuk:
- Mentadbir dan memantau perkembangan umum Seni Silat Cekak.
- Melantik Penyelia-Penyelia, Jurulatih-Jurulatih dan Pembantu-Pembantu Jurulatih untuk menjalankan amanah Guru Utama dalam menguruskan Kelas-Kelas Latihan di seluruh negara.
- Mengawalselia serta menyelaras sistem pembelajaran Seni Silat Cekak Malaysia di seluruh negara.
- Mentadbir hal-ehwal tatatertib serta kebajikan Tenaga Pengajar dan penuntut Seni Silat Cekak.
- Mentadbir dan mengawalselia hal-hal berkenaan Sijil Rendah dan Sijil Menengah Seni Silat Cekak Malaysia serta penganugerahan Pingat-Pingat pengiktirafan dan Anugerah Guru Utama.