Profil Kelas Latihan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi Mara Pasir Gudang (PSSCM UiTM PG)

 

UiTM kampus Pasir Gudang, merupakan kampus kedua bagi UiTM Cawangan Johor dan mempunyai tanah seluas dua ratus (200) ekar dalam kawasan Bandar Seri Alam. Bagi fasa pertama kampus ini telah dibangunkan dan berkeluasan 70 ekar. UiTM Kampus Pasir Gudang ini mula beroperasi pada 1 Mei 2014. Pada 1 Mac 2015, UiTM Cawangan Johor telah diwatikahkan sebagai kampus autonomi dan sekarang digelar sebagai UiTM Johor. PSSCM UiTM PG bergerak secara aktif melalui unit ko-kurikulum yang dibuka kepada semua pelajar yang ingin belajar sebagai ko-kurikulum tambahan. Kelas ko-kurikulum tambahan ini telah dikendalikan di bawah penyeliaan Encik Roslan bin Daud.

Pada 17 Disember 2014, Program Demonstrasi dan Pengambilan Ahli Baru untuk kelas latihan PSSCM UiTM PG telah dijalankan buat kali pertama di Makmal Foundry, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Pasir Gudang. Secara rasminya, pada hari itu kelas latihan PSSCM UiTM PG telah mengorak langkah untuk menjalankan segala aktiviti dengan tertubuhnya kelas latihan tersebut. Aturcara program telah diisi dengan sesi demonstrasi dan penerangan oleh skuad demo Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Johor Darul Takzim (PSSCM CJDT). Sesi penerangan telah disampaikan oleh penyelia kelas latihan PSSCM UiTM PG, Encik Roslan bin Daud turut hadir, Yang Di Pertua PSSCM CJDT Encik Sazali bin Haji Samsudin dan tenaga pengajar serta ahli tamat yang lain.

Antara aktiviti yang pernah dijalankan oleh PSSCM UiTM PG dengan kerjasama PSSCM CJDT ini adalah Program Demonstrasi dan Pengambilan Ahli Baru, Mesyuarat Agung Tahunan PSSCM UiTM PG Kali Ke-2 Dan Kem Interaksi PSSCM UiTM PG disamping turut serta dalam segala aktiviti yang dijalankan di peringkat cawangan, pusat dan ipt lain.

 

Antara pencapaian KL PSSCM UiTM PG adalah:

  1. Bertanggungjawab mengawal atur cara dan perjalanan selaku ahli jawatan kuasa protokol program Kejohanan Waja Diri IPT dan Jemputan yang dianjurkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
  2. Mewakili pasukan bola sepak Cawangan Johor Darul Takzim dalam Karnival Sukan Cekak yang dilangsungkan di Paroi, Negeri Sembilan dan berjaya meraih Naib Johan.
Joomla templates by a4joomla