19 Januari 2018, JUMAAT - PSSCM CJDT telah menganjurkan Program Interaksi PSSCM CJDT Bersama Ahli-Ahli LPT PSSCM Dan YDP PSSCM Cawangan Negeri Sembilan Serta Ketua Penerangan PSSCM. Program pertama dalam tahun 2018 di Cawangan Johor ini telah dijalankan di Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak UTM Skudai.

4 orang panel tela dijemput dalam program ini iaitu dua orang Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) iaitu Yang Berbahagia Encik Roslin bin Ali Omar dan Yang Berbahagia Encik Rahaman bin Ishak. Dua lagi panel adalah Yang Berbahagia Tuan Haji Baharudin bin Mohd AbdurRahim, Yang DiPertua PSSCM Cawangan Negeri Sembilan dan Yang Berbahagia Encik Rostam Bin Hamzah, Ketua Penerangan PSSCM Pusat.

Program ini bermula pada jam 3 petang untuk sesi pertama dan bersambung disebelah malam sehingga tamat pada jam 11.45 malam. Banyak input serta ilmu pengetahuan yang telah dikongsikan oleh panel penceramah sepanjang program berjalan. Ahli-ahli PSSCM CJDT juga berpeluang untuk mengenali dengan lebih rapat panel yang telah dijemput.

NYDP PSSCM Cawangan Melaka, Encik Ismail bin Abdul Rahaman. Penyertaan dari PSSCM CJDT adalah terdiri dari Ahli Jawatankuasa Cawangan, barisan penyelia, tenaga pengajar dan ahli-ahli PSSCMCJDT. Dianggarkan seramai 110 orang telah menghadiri memberi sokongan dalam program ini.

  

Tahniah PSSCM CJDT

Hidup Cekak!

Joomla templates by a4joomla