"MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SENI SILAT CEKAK MALAYSIA KOLEJ TUN RAZAK (KSSCM KTR) KALI KE-10 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA"

Jumaat, 17 November 2017: Syukur AlhamduLillah. Dengan limpah kurnia dan izinNya, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dengan berkat Guru-guru kita, karamah & hikmah ibu dan bapa, maka Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-10 KSSCM KTR UTM telah selamat berlangsung dengan jayanya pada 17 November 2017 yang lalu. MAT ini telah berlangsung di Dewan Tun Rahah, K01 Kolej Tun Razak UTM, Seramai 31 orang ahli telah hadir pada mesyuarat kali ini.

Program telah bermula pada jam 3.00 petang dengan sesi Majlis Perasmian MAT Kali ke-10 ini. Pada MAT kali ini, perasmi majlis adalah Yang DiPertua Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Johor Darul Takzim, En. Sazali bin Haji Samsudin. Turut hadir dalam MAT kali ini adalah Penasihat Kelab KSSCM KTR Dr. Beni Widarman Bin Yus Kelana yang juga menjadi wakil kepada pengetua Kolej Tun Razak, Penyelia Kelas, En. Zulkifli bin Zahar, barisan Tenaga Pengajar KSSCM KTR UTM.

Terima kasih diucapkan kepada En. Sazali bin Haji Samsudin atas kesudian menjadi perasmi bagi mesyuarat kali ini. Selepas majlis perasmian berlangsung, Mesyuarat Agung Tahunan telah bermula sekitar jam 5.15 petang sehingga jam 6.45 petang. Terdapat tiga agenda utama dalam MAT ini iaitu Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2016/2017, Laporan Kewangan Tahunan 2016/2017, dan pemilihan Jawatankuasa Baru sesi 2017/2018. Program ini telah selesai pada jam 7 petang dengan sesi bersalaman.

AlhamduLillah, tiga agenda utama ini telah berjalan lancar. Pada MAT kali ini, Saudara Afiq Izzuddin Bin Rozali (Siswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal) telah dipilih untuk menjawat jawatan pengerusi KSSCM KTR UTM bagi sesi 2017/2018 bersama beberapa orang lagi barisan kepimpinan yang baru. Dalam ucapan Pengerusi yang baru, Saudara Afiq telah menyeru semua ahli KSSCM KTR UTM untuk bergerak secara aktif dan bertanggungjawab bagi menambahbaik serta membawa KSSCM KTR UTM lebih kehadapan dan maju.

Ucapan tahniah kepada barisan kepimpinan yang baru dilantik dalam MAT ini. ucapan terima kasih kepada semua barisan Jawatankuasa yang lama sesi 2016/2017 kerana telah berkhidmat dengan cemerlang.

Ucapan syabas juga kepada Saudara Afiq Izzuddin Bin Rozali selaku Pengarah Program bersama ahli-ahli jawatankuasa pelaksana program atas kejayaan menganjur dan menguruskan mesyuarat agung tahunan pada kali ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua Ahli PSSCM telah hadir ke MAT kali ke-10 ini.

Selaras dengan tema pada kali ini, 'Mahasiswa Berwawasan Menerajui Masa Depan', diharapkan semoga KSSCM KTR UTM akan terus aktif berkembang maju dan mara ke hadapan seterusnya melahirkan pemimpin-pemimpin serta "Graduan Cekak Malaysia UTM" yang cemerlang akademik, sahsiah, dan kemahiran insaniah.

BERSAMA & BERSATU. HIDUP CEKAK !

Laporan disediakan oleh :
Wan Nasrul Afiq Bin Wan Nazri
Setiausaha,
Kelab Seni Silat Cekak Malaysia,
Kolej Tun Razak,
Universiti Teknologi Malaysia.

 

Joomla templates by a4joomla