27 September 2017 (Rabu) - Bersempena aktiviti Daftar Kelab Kolej Tun Razak (DAKTAR17) Universiti Teknologi Malaysia, Kelab Seni Silat Cekak Malaysia Kolej Tun Razak UTM Skudai (KSSCM KTR UTM) telah mengadakan demonstrasi dan penerangan Seni Silat Cekak.

 

KSSCM KTR UTM juga telah membuka kaunter pameran untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengenali dengan lebih lanjut berkaitan Seni Silat Cekak Malaysia. KSSCM KTR UTM juga sedang melakukan Pengambilan Ahli Baru untuk memberi peluang kepada memberi peluang kepada pelajar-pelajar Melayu Islam tahun satu untuk mempelajari dan mewarisi seni silat ini.

Turut hadir semasa program adalah Pengetua Kolej, Dr. Norhanim binti Abdul Samat dan barisan Majlis Felo Kolej Tun Razak yang kemudiannya turut bergambar bersama di akhir program.

Tahniah kepada barisan kepimpinan Kolej Tun Razak atas penganjuran aktiviti DAKTAR17 ini.

  

 

Joomla templates by a4joomla