28 8 2017, ISNIN - Alhamdu lillah wa syukru lillah, Majlis Bacaan Tahlil memperingati Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, telah diadakan dengan jayanya di Ibu Pejabat PSSCM Cawangan, Jalan Selasih 11, Taman Kemas Tampoi, Johor Bahru. Seramai 60 orang dewasa tidak termasuk kanak-kanak telah hadir bersama.

Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad adalah Pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) merangkap Yang Mulia Guru Utama PSSCM yang pertama (Disember 1965 - 13 Ogos 1986). Banyak telah jasa almarhum lakukan untuk generasi silat hari ini.

Dimulakan dengan solat isyak berjemaah diimamkan oleh Pengerusi Biro Ugama & Kebajikan PSSCM-CJDT, alfadhil Ustaz Mohd Hakim Bin Othman. Bacaan tahlil & doa juga diketuai oleh Ustaz Mohd Hakim.

Di seluruh Malaysia, ahli-ahli PSSCM juga dilaporkan telah mengadakan majlis ini di tempat masing-masing.

 

Tiada hulu tiada parang, tiada dahulu tiada sekarang.

 

Joomla templates by a4joomla