"MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SENI SILAT CEKAK MALAYSIA KOLEJ TUN RAZAK (KSSCM KTR) KALI KE-10 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA"

Jumaat, 17 November 2017: Syukur AlhamduLillah. Dengan limpah kurnia dan izinNya, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dengan berkat Guru-guru kita, karamah & hikmah ibu dan bapa, maka Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-10 KSSCM KTR UTM telah selamat berlangsung dengan jayanya pada 17 November 2017 yang lalu. MAT ini telah berlangsung di Dewan Tun Rahah, K01 Kolej Tun Razak UTM, Seramai 31 orang ahli telah hadir pada mesyuarat kali ini.

8 November 2017 (Rabu) - Sesi penyerahan bendera Johor dan bendera UTHM kepada dua pasukan yang akan menyertai Karnival Waja Diri kali ke 8 (KWD8) telah selamat di adakan.


Dukacita di maklumkan bahawa Puan Rozidah Abd Wahab (isteri kepada Yang Berbahagian En Roslin Ali Omar) telah kembali ke rahmatullah di Institut Kanser Negara Putrajaya pada jam 2.12 pagi 17hb Oktober 2017.

28 September 2017 (Khamis) - PSSCM Cawangan Johor Darul Takzim telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Lantikan Tenaga Pengajar 1439H di Ibu Pejabat PSSCM-CJDT selepas aktiviti kelas membaca yassin, tahlil, barzanji dan qasidah burdah iaitu aktiviti keagamaan mingguan PSSCM-CJDT. 

27 September 2017 (Rabu) - Bersempena aktiviti Daftar Kelab Kolej Tun Razak (DAKTAR17) Universiti Teknologi Malaysia, Kelab Seni Silat Cekak Malaysia Kolej Tun Razak UTM Skudai (KSSCM KTR UTM) telah mengadakan demonstrasi dan penerangan Seni Silat Cekak.

Joomla templates by a4joomla