PSSCM-CJDT mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua pendidik di sekolah-sekolah, kolej dan universiti, pondok dan madrasah, dan juga guru-guru silat khususnya Guru Utama PSSCM YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah.

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat 

Malaysia telah memilih!

Kerajaan Malaysia bakal diterajui oleh Pakatan Harapan.

Syabas dan tahniah buat Barisan Kepimpinan Pakatan Harapan kerana telah memenangi Pilihanraya Umum ke-14!

Dan Tun Dr Mahathir Mohamad, secara rasminya telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7.

Syabas dan tahniah buat Kepimpinan Negara yang diterajui oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kami, warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mendoakan supaya pemerintahan baru ini bakal menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang lebih maju dan lebih berdaya saing.

Kami juga berharap agar perubahan kerajaan baru ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada PSSCM, Agama, Bangsa dan Negara.

Amin.

Subcategories

Joomla templates by a4joomla