21 Febuari 2017 - Alhamdu Lillah, telah selesai sesi demonstrasi penerangan sempena Pengambilan Ahli Baru bagi kelas latihan UTHM.

Tahniah dan syabas kepada semua Peserta USR PSSCM-CJDT Peringkat Zon Tengah 2017, barisan Penyelia & Tenaga Pengajar pada 3 Febuari 2017 yang lalu.

“MAJLIS PENANGGUHAN KELAS LATIHAN SEMESTER 1 2016/2017 KELAB SENI SILAT CEKAK MALAYSIA KOLEJ TUN RAZAK (KSSCM KTR) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) BERLANGSUNG DGN JAYANYA”

Syukur AlhamduLillah. Dengan limpah kurnia dan izinNya, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dengan berkat Guru-guru kita, karamah & hikmah ibu dan bapa, maka Majlis Penangguhan Kelas Latihan Semester 1 2016/2017 KSSCM KTR UTM telah selamat berlangsung dengan jayanya pada 14 Disember 2016 yang lalu. Majlis ini telah berlangusng di Outbound, UTM Skudai. Seramai 35 peserta telah hadir pada Majlis Penangguhan pada kali ini.

Alhamdulillah, Pada 11 dan 12 November 2016 yang lepas, Kelab Seni Silat Cekak Malaysia UTHM (KSSCM UTHM) telah menyertai Kejohanan Waja Diri Peringkat IPT dan Jemputan Kali Ke 7 PSSCM anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM Kampus Jengka, Pahang dan PSSCM Cawangan Pahang. Program telah bertempat di Dewan Indera Segara UiTM Kampus Jengka, Pahang. KSSCM UTHM diwakili oleh satu pasukan putera.

Joomla templates by a4joomla